Sunday, March 21, 2010

SEJARAH RINGKAS KGM

Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 1924,dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Guru-Guru Melayu dan sekarang dikenali sebagai Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad (KGGMKSB).
KGGMKSB boleh dianggap sebagai ‘orang lama’ dala
Tujuan awal penubuhannya adalah untuk dapat membantu ahli yang menghadapi masalah, khususnya kewangan. Selain itu Koperasi telah dapat meringan beban anggota dengan masalah "ceti haram" yang sangat berleluasa pada ketika itu.
Idea penubuhan Koperasi ini telah diasakan oleh Tuan Haji Awang b. Md . Aji, dan dengan gigih serta tabah Tuan Haji Awang dan rakan-rakan telah membina asas koperasi yang kukuh dan teguh kepada Koperasi yang ada sekarang.
Koperasi pada hari ini mempunyai anggota seramai 2242(2009) dan telah menyediakan aktiviti kredit pinjaman bercagar, Pinjaman 90%, Pinjaman Berjamin, Kecemasan, Insurans, Pelajaran, Barang Pengguna, pelancongan. Dari segi Kebajikan Koperasi menyediakan kepada anggota Khairat Kematian, Penyakit Kritikal, dan Bencana Alam.
Koperasi sedia menerima anda untuk menjadi anggota baru, kami mengalu-alukan anda pendidik untuk menjadi anggota koperasi ini. Sila berhubung dengan Koperasi di talian 057161157 atau faks 057161287.

0 ulasan:

Post a Comment