Sunday, March 21, 2010

SEJARAH RINGKAS KGM

Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 1924,dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Guru-Guru Melayu dan sekarang dikenali sebagai Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad (KGGMKSB).
KGGMKSB boleh dianggap sebagai ‘orang lama’ dala
Tujuan awal penubuhannya adalah untuk dapat membantu ahli yang menghadapi masalah, khususnya kewangan. Selain itu Koperasi telah dapat meringan beban anggota dengan masalah "ceti haram" yang sangat berleluasa pada ketika itu.
Idea penubuhan Koperasi ini telah diasakan oleh Tuan Haji Awang b. Md . Aji, dan dengan gigih serta tabah Tuan Haji Awang dan rakan-rakan telah membina asas koperasi yang kukuh dan teguh kepada Koperasi yang ada sekarang.
Koperasi pada hari ini mempunyai anggota seramai 2242(2009) dan telah menyediakan aktiviti kredit pinjaman bercagar, Pinjaman 90%, Pinjaman Berjamin, Kecemasan, Insurans, Pelajaran, Barang Pengguna, pelancongan. Dari segi Kebajikan Koperasi menyediakan kepada anggota Khairat Kematian, Penyakit Kritikal, dan Bencana Alam.
Koperasi sedia menerima anda untuk menjadi anggota baru, kami mengalu-alukan anda pendidik untuk menjadi anggota koperasi ini. Sila berhubung dengan Koperasi di talian 057161157 atau faks 057161287.
Posted by Picasa
Posted by Picasa

Monday, March 15, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PELAJARAN DAN SIJIL DANA PELABURAN KOPERASI

Majlis tersebut akan diadakan pada 18.3.2010 (KHAMIS)
Jam : 9.00 pagi.
Tempat : Dewan Malinja, PPD. Kerian.
Perasmi : Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.
Anggota-anggota yang terlibat telah dihubungi melalui telefon.
Harap dapat hadir pada hari tersebut.
Maklumat lanjut hubungi 057161157 @ 0194415118.

Tuesday, March 9, 2010

ERTI IKHLAS DALAM ISLAM
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Tingkat-tingkat Ikhlas:

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai
kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Lawan pada ikhlas ialah RIAK.
Ertinya: Memperlihatkan amal ibadah supaya mencapai keuntungan dunia, baik bersifat kemanfaatan atau menolak kemelaratan atau supaya dimuliakan dan di hormati.

Friday, March 5, 2010

SLIP GAJI.

Ingin membuat semakan menganai pinjaman , sila bawa slip gaji terkini untuk tujuan tersebut.

SALINAN SLIP GAJI

Kepada :
Semua Anggota Koperasi ini.

Anggota yang ingin membuat pinjaman dikoperasi ini harap dapat menyediakan:
1. Salinan slip gaji terkini (3 bulan) dan disahkan oleh majikan.
2. Borang pinjaman dengan 2 penjamin.
3. Borang pengesahan dari BPA (60%).