PERMOHONAN HADIAH KECEMERLANGAN DERMASISWA
1. PERMOHONAN.
1.1 Semua permohonan bagi mendapatkan Hadiah Kecemerlangan Dermasiswa ini, hendaklah dibuat oleh anggota sendiri di dalam masa Dua (2) bulan daripada tarikh peristiwa. Koperasi tidak akan membayar apa-apa bayaran Hadiah Kecemerlangan Dermasiswa bagi tuntutan yang melewati dari Dua (2) bulan daripada tarikh peristiwa.
2.1 Setiap permohonan hendaklah dikepilkan bersama perakuan keputusan SIJIL/IPT/IPTS atau trankskrip keputusan atau sebarang dokumen bukti yang lain (yang akan dikembalikan sesudah diwasilkan di belakangnya) dan salinan perdua untuk simpanan koperasi bagi mengelakkannya daripada disimpan dalam perhatian atau ditolak yang boleh menyebabkannya terpaksa mengemukakan semula permohonannya.
2. KADAR BAYARAN.
JENIS PEPERIKSAAN RM
1. | UPSR (5A) | 50.00 |
2. | PMR (7A/8A) | 70.00 |
3. | PMR (9A KHAS) | 90.00 |
4. | SPM (7A/8A/9A) | 100.00 |
5. | SPM (10A+ KHAS) | 120.00 |
6. | Pelbagai DIPLOMA IPTA (3.00 CGPA) | 130.00 |
7. | STPM (Penuh) | 140.00 |
8. | STAM (Penuh) | 140.00 |
9. | IJAZAH Bacelor/ Sarjana Muda (3.00 CGPA) | 160.00 |
10. | IJAZAH Bacelor/Sarjana Muda (4.00 CGPA KHAS) | 200.00 |
Dipetik dari Buku ATURAN-ATURAN
KUMPULAN WANG KEBAJIKAN BERSAMA :
ATURAN PEMBERIAN HADIAH KECEMERLANGAN DERMASISWA
Diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 59 pada 22 Mei 2010.